DUNIA MATEMATIK
FUN WITH MATHS
Saturday, 25 May 2013
Thursday, 23 May 2013
Tuesday, 21 May 2013
POLA NOMBOR
Pelajar sekalian, ketahuilah ahli matematik yang menulis nombor berpola ialah Leonardo Fibonacci. Fahamilah apakah urutan nombor berpola itu.
Friday, 17 May 2013
GANDAAN SEPUNYA DAN FAKTOR SEPUNYA
GANDAAN
SEPUNYA
|
FAKTOR
SEPUNYA
|
Gandaan sepunya bagi
beberapa nombor yang diberi ialah nombor yang menjadi gandaan bagi semua
nombor itu.
Contoh :
a) Cari tiga yang pertama gandaan sepunya bagi 2 dan 3
Kaedah penyelesaian:
Gandaan bagi 2: 2, 4, 6, 8, 10, 12,
14, 16, 18, 20, …
Gandaan bagi 3: 3, 6, 9, 12, 15, 18,
21, 24, 27,…
Jawapan
Tiga gandaan sepunya bagi 2 dan 3 ialah
6, 12 dan 18.
b) Cari dua yang pertama gandaan
sepunya bagi 3, 4, dan 6
Kaedah penyelesaian:
Gandaan bagi 3: 3, 6, 9, 12,
15, 18, 21, 24, 27, …
Gandaan bagi 4: 4, 8, 12,
16, 20, 24, 28, …
Gandaan bagi 6: 6, 12,
18, 24, 30, 36,
Jawapan
Dua gandaan sepunya bagi 3, 4, dan 6 ialah
12dan 24.
|
Faktor sepunya ialah
nombor yang merupakan faktor bagi semua nombor yang diberi.
Contoh :
a) Cari faktor sepunya bagi 12
dan 18
Kaedah penyelesaian:
Faktor bagi 12: 1, 2,
3, 4, 6 dan 12
Faktor bagi 18: 1, 2, 3,
6,
9 dan 18
Faktor-faktor sepunya bagi 12 dan 18 ialah
1, 2, 3 dan 6
b) Cari faktor sepunya bagi 10, 15 dan 20
Kaedah penyelesaian:
Faktor bagi 10: 1, 2, 5 dan 10
Faktor bagi 15: 1, 3, 5 dan 15
Faktor bagi 20: 1, 2, 4, 5 dan 10
Faktor-faktor sepunya bagi 10, 15 dan 20 ialah
1 dan 5.
|
·
Jangan terkeliru juga. Pastikan dapat
membezakannya.
GANDAAN DAN FAKTOR
Pelajar sekelian jangan keliru lagi antara gandaan dan faktor. Lihat
dan kenalpasti perbezaan
mereka.
GANDAAN
|
FAKTOR
|
Gandaan bagi suatu nombor
yang diberi ialah hasil darab nombor itu dengan nombor bulat kecuali sifar.
Misalnya:
Gandaan 2: 2x1, 2x2, 2x3, 2x4, 2x5, 2x6, …
: 2, 4, 6, 8, 10, 12, ….
Gandaan 3: 3x1, 3x2, 3x3, 3x4, 3x5, 3x6, …
: 3, 6, 9, 12, 15, 18,…
·
Gandaan suatu nombor adalah juga merupakan sifir
bagi nombor itu
|
Faktor bagi suatu nombor
yang diberi ialah nombor yang dapat membahagi nombor itu dengan tepat.
Contoh:
1. Cari semua faktor bagi 8
8/1 =8 , 8/2 = 4, 8/4 = 2, 8/8 = 1
Jawapan :
Faktor bagi 8 ialah 1, 2, 4 dan 8
2. Cari semua faktor bagi 27
27/1 = 27, 27/3 = 9, 27/9
= 3, 27/27 = 1
Jawapan :
Faktor bagi 27 ialah 1, 3, 9 dan 27
|
Ringkasnya :
-
Gandaan adalah hasildarab suatu nombor
-
Faktor ialah nombor yang membahagi atau hasilbahagi suatu nombor
Monday, 13 May 2013
Membundarkan Nombor
Suatu nombor boleh dibundarkan kepada suatu nilai tempat yang tertentu dengan
mengikuti langkah-langkah berikut :
i) Perhatikan digit pertama di sebelah kanan nilai tempat yang hendak dibundarkan itu.
ii) Jika digit itu ialah 5 atau lebih, tambahkan 1 pada digit di nilai tempat yang
hendak dibundarkan. Gantikan digit-digit lain di sebelah kanan dengan 0.
iii) Jika digit itu kurang daripada 5, kekalkan digit di nilai tempat yang hendak
dibundarkan. Gantikan digit-digit lain di sebelah kanan dengan 0.
Contoh :
1) Bundarkan 37 258 kepada ribu yang terdekat.
37 258 = 37 000
2) Bundarkan 608 463 kepada ratus yang terdekat
608 463 = 608 500
mengikuti langkah-langkah berikut :
i) Perhatikan digit pertama di sebelah kanan nilai tempat yang hendak dibundarkan itu.
ii) Jika digit itu ialah 5 atau lebih, tambahkan 1 pada digit di nilai tempat yang
hendak dibundarkan. Gantikan digit-digit lain di sebelah kanan dengan 0.
iii) Jika digit itu kurang daripada 5, kekalkan digit di nilai tempat yang hendak
dibundarkan. Gantikan digit-digit lain di sebelah kanan dengan 0.
Contoh :
1) Bundarkan 37 258 kepada ribu yang terdekat.
37 258 = 37 000
2) Bundarkan 608 463 kepada ratus yang terdekat
608 463 = 608 500
Subscribe to:
Posts (Atom)