GANDAAN
SEPUNYA
|
FAKTOR
SEPUNYA
|
Gandaan sepunya bagi
beberapa nombor yang diberi ialah nombor yang menjadi gandaan bagi semua
nombor itu.
Contoh :
a) Cari tiga yang pertama gandaan sepunya bagi 2 dan 3
Kaedah penyelesaian:
Gandaan bagi 2: 2, 4, 6, 8, 10, 12,
14, 16, 18, 20, …
Gandaan bagi 3: 3, 6, 9, 12, 15, 18,
21, 24, 27,…
Jawapan
Tiga gandaan sepunya bagi 2 dan 3 ialah
6, 12 dan 18.
b) Cari dua yang pertama gandaan
sepunya bagi 3, 4, dan 6
Kaedah penyelesaian:
Gandaan bagi 3: 3, 6, 9, 12,
15, 18, 21, 24, 27, …
Gandaan bagi 4: 4, 8, 12,
16, 20, 24, 28, …
Gandaan bagi 6: 6, 12,
18, 24, 30, 36,
Jawapan
Dua gandaan sepunya bagi 3, 4, dan 6 ialah
12dan 24.
|
Faktor sepunya ialah
nombor yang merupakan faktor bagi semua nombor yang diberi.
Contoh :
a) Cari faktor sepunya bagi 12
dan 18
Kaedah penyelesaian:
Faktor bagi 12: 1, 2,
3, 4, 6 dan 12
Faktor bagi 18: 1, 2, 3,
6,
9 dan 18
Faktor-faktor sepunya bagi 12 dan 18 ialah
1, 2, 3 dan 6
b) Cari faktor sepunya bagi 10, 15 dan 20
Kaedah penyelesaian:
Faktor bagi 10: 1, 2, 5 dan 10
Faktor bagi 15: 1, 3, 5 dan 15
Faktor bagi 20: 1, 2, 4, 5 dan 10
Faktor-faktor sepunya bagi 10, 15 dan 20 ialah
1 dan 5.
|
·
Jangan terkeliru juga. Pastikan dapat
membezakannya.
No comments:
Post a Comment