Tuesday, 21 May 2013

Friday, 17 May 2013

GANDAAN SEPUNYA DAN FAKTOR SEPUNYA

GANDAAN SEPUNYA
FAKTOR SEPUNYA

Gandaan sepunya bagi beberapa nombor yang diberi ialah nombor yang menjadi gandaan bagi semua nombor itu.

Contoh :

a) Cari tiga yang pertama gandaan sepunya bagi 2 dan 3

Kaedah penyelesaian:
Gandaan bagi 2: 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18, 20, …
Gandaan bagi 3: 3, 6, 9, 12, 15, 18, 21, 24, 27,…

Jawapan           
Tiga gandaan sepunya bagi 2 dan 3 ialah
6, 12 dan 18.


b)  Cari dua yang pertama gandaan sepunya bagi 3, 4, dan 6

Kaedah penyelesaian:
 Gandaan bagi 3: 3, 6, 9, 12, 15, 18, 21, 24, 27, …
 Gandaan bagi 4: 4, 8, 12, 16, 20, 24, 28, …
 Gandaan bagi 6: 6, 12, 18, 24, 30, 36,

Jawapan           
Dua gandaan sepunya bagi 3, 4, dan 6 ialah
12dan 24.


Faktor sepunya ialah nombor yang merupakan faktor bagi semua nombor yang diberi.

Contoh :

a)  Cari faktor sepunya bagi 12 dan 18

Kaedah penyelesaian:
Faktor bagi 12: 1, 2, 3, 4, 6 dan 12
Faktor bagi 18: 1, 2, 3, 6, 9 dan 18

Faktor-faktor sepunya bagi 12 dan 18 ialah
1, 2, 3 dan 6


b) Cari faktor sepunya bagi 10, 15 dan 20

Kaedah penyelesaian:
Faktor bagi 10: 1, 2, 5 dan 10
Faktor bagi 15: 1, 3, 5 dan 15
Faktor bagi 20: 1, 2, 4, 5 dan 10

Faktor-faktor sepunya bagi 10, 15 dan 20 ialah
1 dan 5.



·         Jangan terkeliru juga. Pastikan dapat membezakannya.

GANDAAN DAN FAKTOR


Pelajar sekelian jangan keliru lagi antara gandaan dan faktor. Lihat dan kenalpasti perbezaan
mereka.


GANDAAN
FAKTOR

Gandaan bagi suatu nombor yang diberi ialah hasil darab nombor itu dengan nombor bulat kecuali sifar.

Misalnya:

Gandaan 2: 2x1, 2x2, 2x3, 2x4, 2x5, 2x6, …

                   : 2, 4, 6, 8, 10, 12, ….


Gandaan 3: 3x1, 3x2, 3x3, 3x4, 3x5, 3x6, …

                   : 3, 6, 9, 12, 15, 18,…



·         Gandaan suatu nombor adalah juga merupakan sifir bagi nombor itu

Faktor bagi suatu nombor yang diberi ialah nombor yang dapat membahagi nombor itu dengan tepat.

Contoh:

1. Cari semua faktor bagi 8

     8/1 =8  , 8/2 = 4, 8/4 = 2, 8/8 = 1

    Jawapan :
    Faktor bagi 8 ialah 1, 2, 4 dan 8



2. Cari semua faktor bagi 27

     27/1 = 27,  27/3 = 9,  27/9 = 3,  27/27 = 1

    Jawapan :
    Faktor bagi 27 ialah 1, 3,  9 dan 27



Ringkasnya :

-          Gandaan adalah hasildarab suatu nombor
-          Faktor ialah nombor yang membahagi  atau hasilbahagi suatu nombor

Monday, 13 May 2013

Membundarkan Nombor

Suatu nombor boleh dibundarkan kepada suatu nilai tempat yang tertentu dengan 
mengikuti langkah-langkah berikut :

   i) Perhatikan digit pertama di sebelah kanan nilai tempat yang hendak dibundarkan itu.

  ii) Jika digit itu ialah 5 atau lebih, tambahkan 1 pada digit di nilai tempat yang
      hendak dibundarkan. Gantikan digit-digit lain di sebelah kanan dengan 0.

 iii) Jika digit itu kurang daripada 5, kekalkan digit di nilai tempat yang hendak
     dibundarkan. Gantikan digit-digit lain di sebelah kanan dengan 0.

Contoh :

  1)   Bundarkan 37 258 kepada ribu yang terdekat.

             37 258 = 37 000

   2)   Bundarkan 608 463 kepada ratus yang terdekat

             608 463 = 608 500
               


Saturday, 11 May 2013

NOMBOR BULAT-(GABUNGAN OPERASI)

Tips Prinsip pengiraan operasi bergabung mengikut akronim BODMAS.

     B   - Brackets (kurungan) - Lakukan pengiraan dalam kurungan dahulu 
     O   - of                           
     D   - Divide (bahagi)        - dikuti pengiraan melibatkan operasi bahagi 
     M  - Multiply (darab)         dan darab
     A   - Addition (tambah)    - akhir sekali jalankan operasi tambah 
     S    - Subtract (tolak)          dan tolak

Contoh  :
           23 + 5 x 4 (9 - 6)
                    = 23 + 5 x 4 (3)
                    = 23 + 5 x 12
                    = 23 + 60
                    = 83.

Friday, 10 May 2013

Pelajarku

                                    
                                         *  Pelajar 1 Kenanga sedang tekun mendengar penerangan

                                      
                                         *  Pelajar 1 Melur sedang menjawab soalan PBS