Nombor Bulat


1.   Nombor bulat ialah  0 , 1 , 2 , 3 , … , 21 , 22 , …


2.   Setiap nombor bulat dibentuk daripada  10 digit berikut: 0 , 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9

Contoh:

i) Nombor 32 045 ( tiga puluh dua ribu dan empat puluh lima)  terdiri daripada 5 digit iaitu digit-digit  0, 2, 3, 4 dan 5 

3.    Setiap digit dalam suatu nombor bulat mempunyai nilai tempat dannilai  digit yang tertentu:

Contoh:
Nilai tempat dan nilai digit setiap digit dalam nombor bulat  2 905 437 adalah seperti berikut:

Nombor
2
9
0
5
4
3
7
Nilai tempat
Juta
Ratus ribu
Puluh ribu
Ribu
Ratus
Puluh
Sa
Nilai digit
2 000 000
900 000
0
5 000
400
30
7







GABUNGAN OPERASI


Tips Prinsip pengiraan operasi bergabung mengikut akronim BODMAS.


     B   - Brackets (kurungan) - Lakukan pengiraan dalam kurungan dahulu 

     O   - of                           

     D   - Divide (bahagi)        - dikuti pengiraan melibatkan operasi bahagi 

     M  - Multiply (darab)         dan darab

     A   - Addition (tambah)    - akhir sekali jalankan operasi tambah 

     S    - Subtract (tolak)          dan tolak


Contoh  : 

           23 + 5 x 4 (9 - 6) 
           = 23 + 5 x 4 (3)

           = 23 + 5 x 12

           = 23 + 60

           = 83.




Membundarkan Nombor

Suatu nombor boleh dibundarkan kepada suatu nilai tempat yang tertentu 
dengan mengikuti langkah-langkah berikut :

   i) Perhatikan digit pertama di sebelah kanan nilai tempat yang hendak dibundarkan itu.

  ii) Jika digit itu ialah 5 atau lebih, tambahkan 1 pada digit di nilai tempat yang
      hendak dibundarkan. Gantikan digit-digit lain di sebelah kanan dengan 0.

 iii) Jika digit itu kurang daripada 5, kekalkan digit di nilai tempat yang hendak
     dibundarkan. Gantikan digit-digit lain di sebelah kanan dengan 0.

Contoh :

  1)   Bundarkan 37 258 kepada ribu yang terdekat.

             37 258 = 37 000

   2)   Bundarkan 608 463 kepada ratus yang terdekat

             608 463 = 608 500

No comments:

Post a Comment