Sunday 7 April 2013

Nombor Bulat


1.   Nombor bulat ialah  0 , 1 , 2 , 3 , … , 21 , 22 , …


2.   Setiap nombor bulat dibentuk daripada  10 digit berikut: 0 , 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9
                
Contoh:

i) Nombor 32 045 ( tiga puluh dua ribu dan empat puluh lima)  terdiri daripada 5 digit iaitu digit-digit  0, 2, 3, 4 dan 5 

3.    Setiap digit dalam suatu nombor bulat mempunyai nilai tempat dan nilai  digit yang tertentu:

Contoh:
Nilai tempat dan nilai digit setiap digit dalam nombor bulat  2 905 437 adalah seperti berikut:

Nombor
2
9
0
5
4
3
7
Nilai tempat
Juta
Ratus ribu
Puluh ribu
Ribu
Ratus
Puluh
Sa
Nilai digit
2 000 000
900 000
0
5 000
400
30
7




No comments:

Post a Comment